Selasa, 25 September 2012

Sepintas Lalu







DEFINISI MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

TUJUAN MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:
  • Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
  • Asas Berbahasa (Back To Basics)
  • Didik Hibur
  • Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
  • Program Bacaan
  • Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
  • Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
  • Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
  • Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara
  • Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi

Strategi memperkukuh Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut:
  • Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris
  • Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
  • Asas Berbahasa (Back to Basics)
  • Hibur – Modul Language Arts
  • Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
  • Penetapan Model Bahasa Inggeris
  • Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
  • Sumber P&P – Makmal Komputer
  • Guru : Contact Time Berkualiti
  • Perkongsian dan Jaringan Guru
  • Kepimpinan Sekolah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan